Trading Platforms

Soalan Platform Umum

Bagaimanakah saya hendak mengubah kata laluan platform perdagangan saya?

Kata laluan perdagangan anda boleh ditetapkan semua daripada FxPro Direct. Log masuk sahaja ke dalam FxPro Direct, di bawah lajur “Akaun/Tindakan, klik pada akaun yang anda ingin tetapkan kata laluan baharu. Menu juntai turun akan kelihatan, dari sini, klik “Tetapkan semula kata laluan”, kotak timbul akan meminta anda mengesahkan dan akan kemudiannya akan menerima e-mel yang mengandungi kata laluan sementara dan arahan bagaimana anda boleh mengubah ini kepada kata laluan pilihan anda sendiri melalui platform perdagangan.

Apakah perbezaan yang paling ketara antara platform FxPro MT4, FxPro MT5, dan FxPro cTrader?

Dalam platform FxPro MT4 kami, kami menawarkan pelaksanaan segera dengan campur tangan tiada meja urusniaga, dengan pesanan klien disalurkan ke pembekal kecairan kami dengan serta-merta. Tiada yuran komisyen untuk perdagangan, kami mengenakan sedikit tanda atas ke sebaran. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang platform dagangan FxPro MT4 di sini.

Dalam platform MT5 kami, kami menawarkan pelaksanaan pasaran dan menyediakan klien kami dengan maklumat mendalam pasaran penuh, dagangan carta tick dan persekitaran pembangunan berintegrasi untuk Penasihat Pakar. Maklumat lanjut tentang platform dagangan FxPro MT5 boleh ditemui di sini.

FxPro cTrader mengumpulkan semua kecairan tersedia terus ke platform dan menghantar pesanan terus ke pasaran. Klien menerima sebaran pasaran tanpa apa-apa tanda atas dan membayar yuran komisyen sebanyak AS$45 setiap AS$1 juta yang didagangkan selepas membuka menutup sesuatu posisi. Klien sentiasa menerima bidaan dan harga permintaan tersedia yang terbaik untuk volum yang didagangkan, dengan pesanan diisi pada Harga Purata Berpemberat Volum ( VWAP – Volume Weighted Average Price). Maklumat lanjut tentang platform FxPro cTrader boleh ditemui di sini.

Klik di sini untuk Jadual Perbandingan Platform FxPro.

Adakah platform anda serasi Mac?

Dukacita dimaklumkan bahawa buat masa ini kami tidak menawarkan apa-apa platform perdagangan yang boleh dimuat turun yang serasi dengan Mac.

Walau bagaimanapun,pengguna Mac boleh menggunakan versi berasaskan web untuk kedua-dua platform FxPro MT4 dan FxPro cTrader kami, serta versi mudah alih semua platform kami untuk iOS.

Adakah gelinciran berlaku di platform anda?

Gelinciran merupakan sebahagian daripada perdagangan dan perkara biasa dalam pasaran tukaran mata wang asing. Ia berlaku ketika kemeruapan tinggi atau kecairan rendah, serta semasa pengumuman berita utama atau ketika pelancaran data ekonomi penting.

FxPro mengambil semua langkah perlu untuk melindungi pedagang daripada kemeruapan pasaran, dan klien kami mendapat manfaat daripada sistem pengurusan termaju yang boleh mengurangkan risiko gelinciran negatif dan menjamin pelaksanaan pada harga terbaik yang tersedia.

Adakah anda membenarkan penggunaan algoritma perdagangan di platform anda?

Ya, pedagang algoritma adalah dialu-alukan dalam semua platform dagangan utama kami. Penasihat Pakar adalah serasi sepenuhnya dengan platform FxPro MT4 dan FxPro MT5, dan bot dagangan cAlgo boleh digunakan dalam platform FxPro cTrader kami.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Penasihat Pakar dan robot cAlgo atau sekiranya anda perlukan sebarang bantuan dalam menggunakan Pembina Strategi FxPro Quant, sila hantarkan e-mel kepada Sokongan Pelanggan kami di easupport@fxpro.com.

FxPro Metatrader 4

Apakah komisen yang akan dikenakan kepada saya untuk berdagang di platform FxPro MT4?

Pedagang MT4 tidak membayar komisen untuk membuka dan menutup pesanan. FxPro mendapat wang dengan mengenakan sedikit tokokan pada spread. Niaga Hadapan, Indeks dan Saham juga menawarkan tanpa komisyen.

Apakah sebaran yang anda tawarkan dalam MT4?

Kami menawarkan sebaran tetap atau terapung dalam platform MT4. Anda boleh melihat sebaran minimum dan purata MT4 kami di sini.

Bagaimanakah saya meletakkan pesanan pasaran baharu dalam MT4?

Pesanan segera ialah arahan untuk membuka posisi pada harga pasaran semasa.

Terdapat banyak cara untuk meletakkan pesanan segera dalam terminal MT4:

  • Klik butang ‘Pesanan Baharu’ pada bar alat ‘Standard’
  • Pilih ‘Pesanan Baharu’ daripada menu juntai bawah ‘Alat’
  • Tekan F9
  • Klik kanan instrumen dalam tetingkap ‘Semakan Pasaran’ dan pilih ‘Pesanan Baharu’
  • Klik dua kali pada instrumen dalam tetingkap ‘Semakan Pasaran’
  • Dagangan satu klik

Meneruskan dengan mana-mana di atas akan membuka tetingkap ‘Pesanan’. Ini akan membenarkan anda melaras parameter posisi yang anda sedang hendak buka. Medan ‘Simbol’ membenarkan anda menukar instrumen, sementara medan ‘Volum’ ialah di mana anda menetapkan saiz dagangan (lot), Anda boleh juga menetapkan tahap henti rugi dan ambil untung, sementara menyemak peti ‘Sisihan Piawai’ di bahagian bawah tetingkap ‘Pesanan’ akan membenarkan anda menetapkan julat pip yang akan tersedia untuk anda sekiranya harga pasaran melencong dari harga yang anda telah klik sebagai cara untuk mengelakkan sebutan semula pada ketika kemeruapan tinggi.

Anda kemudian boleh mengklik ‘Jual’ untuk membuka posisi pendek pada harga bidaan semasa, atau ‘Beli’ untuk membuka posisi panjang pada harga permintaan semasa.

Bagaimanakah saya hendak membuat pesanan belum selesai dalam MT4?

Pesanan menunggu ialah arahan untuk membuka posisi apabila instrumen mencapai harga tertentu yang anda telah tetapkan terlebih dahulu.

Anda boleh meletakkan pesanan menunggu melalui tetingkap ‘Pesanan’ utama [Lihat Bagaimakah saya boleh meletakkan pesanan pasaran baharu dalam MT4?]. Cuma tukar ‘Jenis’ daripada ‘Pelaksanaan Segera’ ke ‘Pesanan Menunggu’. Menu juntai bawah akan muncul yang akan meminta anda menyatakan sama ada pesanan menunggu yang anda akan letakkan ialah Pesanan Beli Had, Jual Had, Beli Henti atau Jual Henti, dan membenarkan anda menetapkan harga had dan tarikh dan masa luput.

Bagaimanakah saya hendak mengubah suai atau memadam pesanan belum selesai dalam MT4?

Dalam situasi tertentu, anda akan perlu meminda parameter pesanan menunggu yang telah anda buat atau memadamnya sepenuhnya. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan pesanan di dalam tetingkap ‘Terminal’ di bahagian bawah skrin MT4 anda, pada masa ini, pesanan terbuka kelihatan di bahagian atas butiran akaun anda, manakala pesanan yang belum dilaksanakan kelihatan di bawahnya. Klik kanan atau klik dua kali pada pesanan yang anda ingin ubah suai atau padam, di dalam menu timbul yang kelihatan, klik ‘Ubah Suai atau Padam Pesanan’. Ini akan menimbulkan tetingkap ‘Pesanan’. Dari sini, anda boleh mengubah harga di mana pesanan dicetuskan, begitu juga tarikh tamat tempoh pesanan, anda juga boleh menetapkan tahap renti rugi dan ambil untung, atau memadam sepenuhnya.

Mengapakah pesanan menunggu saya tidak dilaksanakan?

Sekiranya pesanan menunggu anda masih tidak dilaksanakan, ia mungkin kerana anda tidak mempunyai dana yang cukup untuk membuka posisi apabila pesanan menunggu dicetuskan. Secara alternatif, pesanan menunggu anda mungkin tidak dilaksanakan sekranya harga yang dinyatakan masih belum dicapai. Harap maklum bahawa untuk Pesanan Jual menunggu, harga bidaan mestilah mencapai tahap anda anda nyatakan; untuk Pesanan Beli menunggu, harga permintaan mestilah mencapai tahap yang anda nyatakan.

Bagaimanakah saya hendak menutup kedudukan dalam MT4?

Untuk menutup posisi terbuka secara manual, anda mestilah terlebih dahulu melokasikan pesanan dalam tetingkap ‘Terminal’ MT4 pada bahagian bawah skrin MT4 anda. Klik kanan pesanan yang anda ingin tutup dan pilih ‘Tutup Pesanan’, atau klik dua kali pada pesanan untuk mengeluarkan tetingkap ‘Pesanan’ dan menutupnya dari sana. Secara alternatif, anda boleh menutup posisi dengan mengklik simbol ‘X’ di sudut kanan bawah terminal MT4 anda.

Sekiranya anda telah menetapkan tahap henti rugi atau ambil untung yang sah, pesanan anda akan ditutup sebaik sahaja harga pasaran mencapai salah satu tahap yang anda telah nyatakan.

Apakah tahap margin untuk akaun MT4 saya?

Pada tahap Margin kurang daripada 25 %, FxPro mempunyai hak budi bicara untuk mula menutup kedudukan bermula dari yang paling tidak menguntungkan.

Jika tahap Margin sama atau kurang daripada 20 %, semua kedudukan ditutup secara automatik pada harga pasaran. FxPro menawarkan margin yang memantau pedagang dalam masa sebenar dan menawarkan pelindungan baki negatif supaya pedagang tidak boleh kerugian lebih daripada wang yang telah dilaburkan. % Tahap Margin dikira seperti berikut: Ekuiti / Margin X 100.

Di manakah saya boleh menemukan baki akaun dan sejarah dagangan saya dalam MT4?

Tetingkap ‘Terminal; dalam MT4 adalah tempat anda akan temui semua maklumat yang berkaitan dengan akaun dan sejarah dagangan anda. Di bahagian bawah tetingkap ini, anda akan temui beberapa tab.

Dagangan: memaparkan baki akaun, ekuiti, margin, margin bebas dan tahap margin anda serta mana-mana kedudukan terbuka (di atas butiran ini) dan pesanan menunggu (di bawahnya).

Sejarah Akaun: memberikan anda butiran lengkap mengenai semua pesanan yang telah anda buat termasuk tarikh dan masa, jenis, saiz, instrumen, harga ketika buka, tahap ambil untung dan renti rugi, harga dan waktu tutup, yuran swap dan keuntungan.

Jurnal: memberikan anda senarai semua tindakan yang telah anda ambil di terminal MT4 anda serta waktu dan tarikhnya.

Bolehkah saya mengeksport sejarah dagangan saya daripada MT4?

MT4 membolehkan anda menghasilkan laporan sejarah dagangan dan mengeksportnya sebagai fail HTML atau EXLCEL yang berasingan. Untuk melakukan ini, log masuk ke dalam terminal MT4, klik pada tab ‘Sejarah Akaun’ di bahagian bawah tetingkap ‘Terminal’. Dari sini, anda boleh klik kanan di mana sahaja di dalam tetingkap ini dan memilih ‘Simpan sebagai Laporan’, tetingkap baharu akan terbuka meminta anda untuk menentukan lokasi simpanan, klik ‘Simpan’ untuk melengkapkan prosedur.

Kenapakah saya tidak dapat memasukkan pesanan saya ke dalam MT4?

Terdapat beberapa kemungkinan mengapa anda tidak dapat memasukkan pesanan anda ke dalam MT4:

  • Anda mungkin tidak mempunyai margin yang cukup dalam akaun anda untuk meliputi posisi yang anda cuba buka.
  • Harga pasaran mungkin telah berubah semenjak anda meletakkan pesanan. Sekiranya anda telah menetapkan sisihan maksimum, kemungkinan perbezaan harga adalah lebih besar daripada julat pip yang anda telah nyatakan. Ini akan menyebabkan sebutan semula.
  • Tahap henti rugi dan ambil untung anda mungkin telah ditetapkan terlalu hampir dengan harga pasaran.
  • Pesanan menunggu anda telah diletakkan secara salah atau di bawah harga pasaran semasa.

FxPro Metatrader 5

Apakah komisyen yang akan dicaj untuk berdagang dalam platform MT5?

Tiada yuran komisyen untuk membuka atau menutup posisi dalam platform MT5. FxPro mengenakan sedikit peningkatan kepada sebaran. Komisyen juga tidak dikenakan untuk mendagangkan Masa Hadapan dan Indeks.

Apakah sebaran yang anda tawarkan dalam MT5?

Sebaran dalam MT5 berbeza-beza bergantung kepada keadaan pasaran yang sedang berlangsung. Anda boleh memaparkan sebaran MT5 minimum dan purata kami di sini

Bagaimanakah saya melog masuk ke platform dagangan MT5 saya?

Anda boleh melog masuk ke terminal anda dari menu di bahagian atas kiri skrin. Untuk melakukannya, klik ‘Fail’ dan kemudian ‘Log masuk’. Kotak baharu akan muncul yang meminta kelayakan log masuk anda, kata laluan dan pelayan di mana akaun anda telah diletakkan.

Butiran log masuk anda dihantar kepada anda melalui e-mel selepas akaun anda diluluskan. Kelayakan akaun demo juga boleh diakses melalui FxPro Direct (direct.fxpro.com sekiranya anda di bawahCySEC, atau direct.fxpro.co.uk sekiranya anda di bawah FCA). Untuk memaparkannya, log masuk ke FxPro Direct anda, klik pada ‘Profil Saya’ daripada senarai di bahagian kiri, kemudian klik pada tab ‘Kelayakan Platform’ dalam halaman ‘Profil Saya’.

Bagaimanakah saya meletakkan pesanan pasaran baharu dalam MT5?

Pesanan pasaran ialah arahan untuk membuka posisi pada harga pasaran semasa.

Terdapat pelbagai cara untuk meletakkan pesanan pasaran dalam terminal MT5:

  • Klik pada butang ‘Pesanan Baharu’ dalam bar alat ‘Standard’
  • Pilih ‘Pesanan Baharu’ daripada menu juntai bawah ‘Alat’
  • Tekan F9
  • Klik kanan pada instrument dalam tetingkap ‘Pemantauan Pasaran’ dan pilih ‘Pesanan Baharu’
  • Klik dua kali pada instrumen dalam tetingkap ‘Pemantauan Pasaran’
  • Dagangan satu klik

Meneruskan dengan mana-mana pilihan di atas akan membuka tetingkap ‘Pesanan’. Ini akan membolehkan anda melaras parameter posisi yang anda sedang hendak buka. Medan ‘Simbol’ membenarkan anda menukar instrumen, sementara medan ‘Volum’ ialah di mana anda menetapkan saiz dagangan (lot). Anda juga boleh menetapkan tahap henti rugi dan ambil untung. Anda kemudian boleh mengklik ‘Jual mengikut Pasaran’ untuk membuka posisi pendek, atau ‘Beli mengikut Pasaran’ untuk membuka posisi panjang.

Bagaimanakah saya meletakkan pesanan menunggu dalam MT5?

Pesanan menunggu ialah arahan untuk membuka posisi apabila instrumen mencapai harga tertentu yang anda telah tetapkan terlebih dahulu.

Anda boleh meletakkan pesanan menunggu melalui tetingkap ‘Pesanan’ utama [Lihat Bagaimakah saya boleh meletakkan pesanan pasaran baharu dalam MT5?]. Cuma tukar ‘Jenis’ daripada ‘Pelaksanaan Pasaran’ ke ‘Pesanan Menunggu’. Menu juntai bawah akan muncul yang akan meminta anda menyatakan sama ada pesanan menunggu yang anda akan letakkan ialah Pesanan Beli Had, Jual Had, Beli Henti atau Jual Henti, dan membenarkan anda menetapkan harga had dan tarikh dan masa luput.

Bagaimanakah saya mengubah suai atau memadam pesanan menunggu dalam MT5?

Sekiranya anda diperlukan untuk mengubah suai atau memadam pesanan menunggu yang anda telah letakkan, tentukan lokasi pesanan dalam tetingkap ‘Terminal’ di bahagian bawah skrin MT5 anda. Pesanan terbuka muncul di atas butiran akaun anda, sementara pesanan yang masih belum dilaksanakan muncul di bawahnya. Klik kanan atau klik dua kali pada pesanan yang anda ingin ubah suai atau padam. Menu pop-up akan muncul yang membolehkan anda memilih ‘Ubah Suai atau Padam’. Tetingkap ‘Pesanan’ akan muncul dan membolehkan anda menukar harga pada mana pesanan dicetuskan, untuk menetapkan semula tarikh luput pesanan, untuk menetapkan henti rugi dan ambil untuk atau untuk memadam pesanan seluruhnya.

Anda juga boleh memadam pesanan dengan mengklik simbol ‘X’ di sudut kanan bawah terminal MT5 anda.

Mengapakah pesanan menunggu saya tidak dilaksanakan?

Sekiranya pesanan menunggu anda masih tidak dilaksanakan, ia mungkin kerana anda tidak mempunyai dana yang cukup untuk membuka posisi apabila pesanan menunggu dicetuskan. Secara alternatif, pesanan menunggu anda mungkin tidak dilaksanakan sekranya harga yang dinyatakan masih belum dicapai. Harap maklum bahawa untuk Pesanan Jual menunggu, harga bidaan mestilah mencapai tahap anda anda nyatakan; untuk Pesanan Beli menunggu, harga permintaan mestilah mencapai tahap yang anda nyatakan.

Bagaimanakah saya menutup posisi dalam MT5?

Untuk menutup posisi terbuka secara manual, anda mestilah terlebih dahulu melokasikan pesanan dalam tetingkap ‘Terminal’ MT5 di bahagian bawah skrin MT5 anda. Klik kanan pesanan yang anda ingin tutup dan pilih ‘Tutup Pesanan’, atau klik dua kali pada pesanan untuk mengeluarkan tetingkap ‘Pesanan’ dan menutupnya dari sana.

Sekiranya anda telah menetapkan tahap henti rugi atau ambil untung yang sah, pesanan anda akan ditutup sebaik sahaja harga pasaran mencapai salah satu tahap yang anda telah nyatakan.

Apakah tahap margin akaun MT5 saya?

Tahap margin (%) adalah dikira seperti berikut: Ekuiti / Margin X 100.

FxPro menyediakan pemantauan margin dalam masa nyata kepada pedagang, dan menawarkan Perlindungan Baki Negatif untuk memastikan klien tidak boleh rugi lebih daripada pelaburan keseluruhan mereka.

Sebaik sahaja tahap margin akaun anda jatuh di bawah paras 40%, kami memegang hak budi bicara untuk memulakan penutupan posisi terbuka semasa, bermula dengan yang memerlukan margin terbanyak. Sekiranya tahap margin akaun anda sama dengan, atau jatuh di bawah paras 30%, semua posisi terbuka anda akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa, mengikut Dasar Pelaksanaan Pesanan kami.

Di manakah saya dapat mencari baki akaun dan sejarah dagangan saya dalam MT5?

Semua maklumat akaun dan sejarah perdagangan boleh ditemui dalam tetingkap ‘Terminal’ di bahagian bawah skrin MT5 anda. Di bahagian bawah skrin ini anda akan dapat temui tab-tab berikut:

  • Dagangan: memaparkan baki akaun, ekuiti, margin, margin bebas, tahap margin, dan mana-mana posisi terbuka dan pesanan menunggu anda.
  • Sejarah Akaun: memaparkan pecahan lengkap semua pesanan yang anda telah letak termasuk masa, jenis, saiz, instrumen, harga pada masa dibuka, tahap ambil untung dan henti rugi, harga pada masa ditutup, yuran swap dan keuntungan.
  • Jurnal: menyediakan senarai semua tindakan yang anda telah ambil dalam terminal MT4 anda, serta tarikh dan masa masing-masing.

Bolehkah saya mengeksport sejarah saya daripada MT5?

Anda boleh mencipta laporan sejarah perdagangan dan mengeksportnya sebagai fail HTML atau EXCEL yang berasingan. Untuk melakukannya, anda perlulah melog masuk ke terminal MT5 anda dan mengklik pada tab ‘Sejarah Akaun’ di bahagian bawah tetingkap ‘Terminal’, yang boleh ditemui di bahagian bawah skrin MT5 anda. Klik kanan di mana-mana di dalam tetingkap ini dan pilih ‘Laporan’. Menu akan muncul, meminta anda memilih antara HTML dan XML sebagai format laporan.

Mengapakah saya tidak dapat memasukkan pesanan saya ke dalam MT5?

Pesanan anda mungkin ditolak sekiranya anda tidak mempunyai margin yang mencukupi dalam akaun anda untuk meliputi posisi yang anda cuba buka.

Kenapakah butang ‘Ubah Suai’ menjadi kelabu dan hilang apabila saya cuba menetapkan tahap renti rugi dan ambil untung untuk pesanan sedia ada?

Sekiranya butang ‘Ubah Suai’ menjadi kelabu apabila anda cuba menetapkan tahap henti rugi atau ambil untung untuk pesanan semasa, ia mungkin kerana anda telah meletakkan tahap henti rugi atau ambil untung anda terlalu hampir dengan dengan harga semasa. Secara alternatif, ia mungkin bermakna bahawa anda telah menetapkan tahap ini pada harga semasa di sebelah yang salah.

Harap maklum bahawa untuk posisi pendek (pesanan jual), henti rugi mestilah ditetapkan lebih tinggi daripada harga pasaran semasa dan tahap ambil untung mestilah ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran semas.

FxPro cTrader

Apakah komisen yang akan dikenakan kepada saya untuk berdagang di platform FxPro cTrader?

Klien cTrader dikenakan caj sebagai USD$ 45 bagi setiap 1 juta USD yang didagangkan terhadap pembukaan kedudukan dan amaun yang sama untuk penutupan kedudukan.

Apakah spread dalam cTrader?

Spread berbeza bergantung kepada keadaan pasaran yang lazim dan kecairan tersedia untuk instrumen yang sedang didagangkan. Tiada tokokan dalam cTrader, oleh itu klien menerima spread mentah daripada rangkaian antara bank yang mungkin serendah 0 pip.

Anda boleh melihat spread purata bagi setiap pasangan di halaman berikut: http://www.fxpro.co.uk/trading/products/spreads/forex/ctrader

Bagaimanakah saya hendak log masuk ke dalam cTrader?

Klien cTrader ditunjukkan dengan kotak log masuk sebelum memuat platform, meminta mereka memasukkan log masuk dan kata laluan mereka. Jika ditetapkan untuk mengingati butiran ini, terminal cTrader anda akan log anda masuk secara automatik bila-bila sahaja anda membukanya.

Butiran log masuk anda dihantar kepada anda melalui e-mel apabila penciptaan akaun anda disahkan. Ia juga boleh dicapai dari FxPro Direct. Untuk melihatnya, log masuk sahaja ke dalam FxPro Direct, klik pada “Profil saya” daripada senarai di kiri dan kemudian klik tab *”Kelayakan Platform” daripada halaman Profil saya.

Bagaimanakah saya hendak mencipta pesanan baharu dalam cTrader?

Terdapat beberapa cara untuk mencipta pesanan baharu dalam cTrader. Daripada menu utama, klik ‘cTrader’ dan pilih ‘Pesanan baharu’, tetingkap baharu akan muncul di mana anda boleh mencipta pesanan pasaran baharu, hadkan pesanan atau hentikan pesanan. Daripada tetingkap ini, anda juga boleh memilih instrumen yang anda ingin dagangkan dan menetapkan tahap renti rugi dan ambil untung. Selain itu, anda boleh menekan F9 untuk menimbulkan tetingkap pesanan yang sama atau klik ikon daripada menu pautan pantas di sebelah atas kanan platform. Pesanan boleh dibuat dengan mengklik sahaja ‘Beli’ atau ‘Jual’ daripada sama ada tetingkap ‘Pemerhati Pasaran’ di bahagian kiri platform atau ‘Menu Keutamaan Carta’ di bahagian atas carta yang sedang dipantau.

Bagaimanakah saya hendak membuat pesanan belum selesai dalam cTrader?

Pesanan menunggu dicipta daripada kotak ‘Cipta Pesanan’ di mana pesanan pasaran juga dibuat. Untuk mencipta pesanan menunggu, klik sahaja ‘cTrader’ dan pilih ‘Pesanan Baharu’ daripada menu utama (atau tekan F9 atau klik butang daripada menu pautan pantas di sebelah kanan atas platform). Sebaik sahaja kotak ‘Cipta Pesanan’ muncul, pilih ‘Hadkan Pesanan’ atau ‘Hentikan Pesanan’ dan memilih simbol anda, hadkan pesanan, volum, tamat tempoh, menetapkan tahap renti rugi dan/atau ambil untung jika anda mahu dan klik ‘Jual’ atau ‘Beli’.

Bagaimanakah saya hendak mengubah suai atau memadam pesanan belum selesai dalam cTrader?

Dalam situasi tertentu, anda akan perlu meminda parameter pesanan menunggu yang telah anda buat atau memadamnya sepenuhnya. Dalam cTrader, ini boleh lakukan daripada tetingkap ‘Pemerhati Dagangan’. Mengklik tab ‘Pesanan’ akan menimbulkan mana-mana pesanan menunggu yang anda miliki. Mengklik kanan pesanan akan memberikan anda pilihan sama ada untuk membatalkan atau mengubah suainya. Mengklik ‘Batal’ secara automatik membuangnya daripada senarai ini, mengklik ‘Ubah Suai’ akan menimbulkan tetingkap baharu di mana anda boleh mengubah parameter pesanan menunggu anda.

Bagaimanakah saya hendak menutup kedudukan dalam cTrader?

Dalam cTrader, pesanan boleh ditutup dengan mengklik pada butang ‘Tutup’ di dalam tetingkap ‘Pemerhati Dagangan’. Ini adalah kotak segi empat tepat di bahagian bawah skrin. Dari sini, anda boleh memilih untuk menutup pesanan tunggal dengan mengklik butang ‘Tutup’ di kanan pesanan anda, selain daripada itu, anda boleh menutup semua kedudukan terbuka dengan mengklik butang ‘Tutup Semua’.

Apakah tahap margin untuk akaun cTrader saya?

Pada tahap Margin kurang daripada 40%, FxPro mempunyai hak budi bicara untuk mula menutup kedudukan bermula dari yang paling tidak menguntungkan.

Jika tahap Margin sama atau kurang daripada 30%, semua kedudukan ditutup secara automatik pada harga pasaran. FxPro menawarkan margin yang memantau pedagang dalam masa sebenar dan menawarkan pelindungan baki negatif supaya pedagang tidak boleh kerugian lebih daripada amaun yang dilaburkan.

Di manakah saya boleh menemukan baki akaun dan sejarah dagangan saya dalam cTrader?

Baki akaun dan sejarah dagangan anda kedua-duanya boleh ditemui dalam tetingkap ‘Pemerhati Dagangan’ di bahagian bawah skrin anda. Baki semasa, ekuiti, margin, margin bebas, tahap margin serta keuntungan dan kerugian tidak tercapai anda semuanya dapat dilihat di bawah tab ‘Kedudukan’. Sejarah penuh pesanan anda boleh dilihat dengan mengklik pada tab ‘Sejarah’.

Bolehkah saya mengeksport sejarah dagangan saya daripada cTrader?

Ya, anda boleh. Buka tab ‘Sejarah’ bagi tetingkap ‘Pemerhati Dagangan’ anda, klik kanan di mana sahaja di dalam senarai pesanan sebelumnya dan sama ada memilih ‘Cipta Penyata’ untuk mencipta laporan sejarah dagangan sebagai dokumen HTML atau ‘Eksport kepada Excel’ untuk mencipta laporan sejarah dagangan sebagai fail Excel.

Kenapakah pesanan cTrader saya ditolak?

Pesanan anda mungkin telah ditolak kerana anda tidak mempunyai cukup margin dalam akaun anda untuk menampung kedudukan yang anda cuba buka.

FxPro Markets

Apakah itu FxPro Markets?

FxPro Markets ialah penambahan terkini kepada suit platform kami, tersedia untuk peranti web dan mudah alih. FxPro Markets ialah penyelesaian perdagangan semua dalam satu yang menyeluruh, membolehkan klien mencipta dan menguruskan akaun-akaun perdagangan mereka, mendepositkan dana, dan mendagangkan pasaran, semuanya tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

FxPro Markets hanya tersedia untuk klien FxPro Financial Services Ltd.

Bagaimanakah saya mencipta akaun/log masuk ke FxPro Markets?

FxPro Markets hanya tersedia untuk klien FxPro Financial Services Ltd.

Untuk mencipta akaun dan log masuk, kemudi sahaja ke markets.fxpro.com dan ikuti arahan pada skrin. Secara alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi untuk iOS atau Android melalui pautan yang disediakan, dan ikuti proses ringkas pada skrin.

Makluman: Anda boleh menggunakan Profil FxPro Direct anda untuk melog masuk ke FxPro Markets. Log masuk sahaja ke markets.fxpro.com dengan kelayakan pengguna anda untuk FxPro Direct.

Bagaimanakah FxPro Markets itu berbeza daripada platform lain yang ditawarkan oleh FxPro?

FxPro Markets ialah platform perdagangan menyeluruh yang lain daripada yang lain. Ia menyediakan segala keberfungsian yang seseorang itu dapat jangkakan daripada platform tradisional, tetapi ia tersedia untuk para pedagang tidak kira di mana sahaja mereka berada melalui aplikasi web dan mudah alih yang mantap. Dengan FxPro Markets, para pedagang mampu mencipta, menguruskan, dan membiaya akaun-akaun perdagangan mereka, serta berdagang CFD dalam pasaran dunia, semuanya daripada aplikasi ringkas yang mudah digunakan.

Berapakah komisyen yang akan dikenakan ke atas saya untuk berdagang dalam platform FxPro Markets?

Tiada yuran komisyen untuk membuka dan menutup posisi dalam platform FxPro Markets, dan FxPro mengenakan tanda atas kecil pada sebaran.

Comments are closed.